Friday, 11 September 2015

BAB 6 - ISU KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA

6.1 Isu Pendidikan
  • Kepentingan pendidikan
    • membolehkan pelajar menguasai isi pelajaran
    • melahirkan individu yang mampu bersaing dalam dunia global
    • para pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan baik dapat berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara
    • para pelajar dapat peluang pekerjaan yang cerah pada masa depan
    • seseorang akan lebih berkeyakinan dan mampu merebut peluang yang tersedia sama ada pada peringkat nasional atau antarabangsa
6.2 Isu Media
  • Kesan pengaruh media terhadap masyarakat
    • penggunaan laman sosial tanpa kawalan akan membuang masa seseorang individu
    • amalan pendedahan hal peribadi seseorang
    • mencetuskan isu sensitif yang berupaya menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan kehidupan masyarakat majmuk
    • mempengaruhi khususnya remaja terjebak dalam kancah sosial
    • menjejaskan hubungan antara masyarakat 
6.3 Isu Gejala Sosial

Gejala Ponteng Sekolah
  • ponteng merupakan perbuatan salah laku yang melanggar peraturan sekolah
  • antara puncanya ialah 
    • kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah
    • pelajar tidak mampu mengikuti pelajaran dengan sempurna kerana ketinggalan akibat kelemahan diri
    • kurang kasih sayang serta permantauan daripada ibu bapa
    • pelajar takut didenda kerana kesalahan 
    • pengaruh rakan sebaya
    • pelajar menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang ketat
    • segelintir pelajar bekerja secara sambilan akibat tekanan ekonomi
    • mencari keseronokan
  • antara kesannya ialah 
    • pembaziran masa dan tenaga
    • pandangan masyarakat yang serong terhadap pelajar
    • masa depan tidak terjamin
    • menjejaskan peratus kedatangan pelajar
  • antara langkahnya ialah
    • pihak sekolah mengeluarkan surat amaran kepada pelajar yang melakukan kesalahan 
    • pelajar diberi motivasi kesedaran diri
    • ibu bapa mengambil berat terhadap persekolahan anak
    • masyarakat prihatin terhadap isu ini
    • pihak sekolah menghulurkan bantuan
    • guru mempraktikkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik



Penyalahgunaan Dadah
  • Penyalahgunaan dadah adalah penggunaan dadah yang bertentangan kepentingan rawatan
  • Dadah boleh digunakan sah dari segi perubatan misalnya morfin digunakan rawatan pesakit kanser untuk menghilangkan penderitaan penyakit
  • Penyalahgunaan dadah akan menjejaskan fungsi tubuh, emosi dan tingkah laku normal seseorang akibat sifat-sifat bahan kimia
  • Penyalahgunaan dadah akan memberi tanggapan yang moden bahawa pil atau ubat-ubatan dapat "memulihkan" penyakit
  • Kehidupan yang pantas menyebabkan masyarakat menghadapi tekanan atau stres dan kerunsingan
  • Dari segi fizikal, penagih dadah akan berpeluh, mengermang bulu roma, berasa pening kepala dan menggigil seolah-olah mengalami kesejukan
  • Dari segi gejala psikologi, penagih dadah akan berasa risau dan resah akibat fikiran mereka sering terganggu dengan khayalan dan imiginasi
  • Dari segi gejala perlakuan, prestasi pekerjaan mereka akan terjejas dan sentiasa kurang tumpuan akibat fikiran mereka dalam khayalan sehingga mendorong mereka melakukan kegiatan yang dilarang oleh Tuhan
  • Cara dominan untuk mencegah tabiat penagih dadah ialah melalui pemantauan yang kerap dan berterusan 
  • Seterusnya, punca yang mendorong ialah 
    • sikap ibu bapa yang mementingkan diri akibat kurangnya perhatian dan kasih sayang
    • pengaruh rakan sebaya kerana remaja menganggap remaja sebagai rakan yang sebenar
    • kemunculan media massa yang melahirkan sikap ingin cuba remaja tanpa memikirkan kesan dan akibat
  • Langkah-langkah ialah 
    • ibu bapa mengambil berat  tentang anak-anak
    • ibu bapa membazir masa berkualiti dengan anak 
    • penguatkuasaan undang-undang
    • kempen anti dadah diadakan 
Isu Mat Pempit
  • Punca
    • pengaruh rakan sebaya
    • mengejar keseronokan 
    • kurang didikan agama 
    • desakan naluri
    • cara hidup
    • kurang kasih sayang ibu bapa
  • Kesan
    • mengancam ketenteraman dan ketenangan suasana malam
    • konsep pertaruhan anak-anak gadis sebagai hadiah dalam pertaruhan 
    • mensia-siakan waktu muda
    • peluang kemakmuran dan kemajuan negara dimanfaatkan rakyat asing
    • remaja melakukan kesalahan apabila terdesak untuk mendapatkan duit
    • remaja tidak mampu memimpin negara
  • Langkah
    • perhatian yang secukup daripada ibu bapa
    • penguatkuasaan undang-undang
    • motivasi dan kaunseling



6.4 Isu Teknologi Maklumat Dan Komunikasi
  • Definisi
    • teknologi yang diperlukan untuk pemprosesan data
    • berkenaan dengan segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat
  • Fungsi-fungsi
    • membantu pengurus pendidikan dalam membuat keputusan dan meningkatkan komunikasi dalam organisasi
    • guru-guru memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber 
    • pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap
    • penukaran bahan kepada bit-bit dalam komputer akan mencetuskan perubahan dalam penggunaan ruang di bandar
    • perdagangan elektronik melaksanakan pemindahan kewangan
    • rangkaian teknologi maklumat membolehkan aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan
  • Kebaikan 
    • sistem E-Filling dapat menjimatkan masa dan kertas dalam urusan pembayaran cukai pendapatan
    • menawarkan sistem online dengan jenama maybank2u
    • ilmu pengetahuan diperoleh
  • Keburukan
    • medium internet disalahguna dengan terdedah kepada bahan lucah
    • menambahkan gejala sosial
    • peningkatan jenayah siber



6.5 Isu-Isu Tambahan
  • Isu Sikap Ibu Bapa Dan Masyarakat
    • Contoh : mendera anak, merogol anak sendiri, membunuh anak sendiri
  • Isu Pertembungan Budaya
    • Contoh : Pramugari menghidangkan makan tengah hari berserta pisang semasa pelajar Malaysia dan Jepun menaiki pesawat ke destinasi yang sama. Pelajar Jepun ternganga apabila melihat pelajar Malaysia membuka pisang dan terus menyuap ke dalam mulut. Oleh itu, pelajar Jepun memberitahu pelajar Malaysia cara membuka pisang secara perlahan dengan memotong sedikit pisang menggunakan pisau. Hal ini demikian kerana harga sebiji pisang di Jepun amat mahal dan dianggap makanan mewah.
  • Isu-Isu Yang Dipengaruhi
    • cara percakapan
    • hedonisma 
    • fesyan barat
    • makanan dan minuman barat
    • pergaulan bebas
    • judi dan arak 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

TUTORIAL 6.1
  • Kesantunan berbahasa menjadi pemangkin kepada pembentukan keperibadian murid. Bincangkan ciri-ciri kesantunan yang perlu diamalkan berdasarkan petikan di atas. 
    • Pelajar harus mengeluarkan pandangan sebelum mengambil tindakan
    • Pelajar wajar berfikiran rasional dengan memikirkan kesan dan akibat sebelum memprotes tidakan guru
    • Ketua polis perlu membuat siasatan setelah menerima laporan dengan teliti agar masalah dapat diatasi
  • Kesantunan berbahasa perlu dikuasai oleh guru kerana melalui kesantunan ini guru mampu mengawal tingkah laku muridnya. Bincangkan ciri-ciri kesantunan yang perlu diamalkan oleh guru bagi mengelakkan kejadian seperti petikan di atas. 
    • Guru harus sentiasa mengambil berat terhadap perasaan pelajar dengan mendengar dan menerima pandangan mereka terhadap diri sendiri
    • Guru harus menggunakan percakapan yang lembut dan sopan semasa pergaulan dengan pelajar.
    • Guru perlu mempunyai pandangan yang jauh agar tidak menimbulkan perasaan tidak selesa terhadap pelajar dengan menggunakan intonasi dan nada yang sesuai semasa pergaulan
TUTORIAL 6.3
  • Bincangkan tentang cara-cara perubatan moden untuk mengatasi masalah ketagihan dadah dan kesan penagihan dadah kepada penagih
    • cara-cara perubatan moden
      • pengambilan Methadone untuk mencegah penagih dadah daripada menjadi serius 
      • penubuhan pusat pemulihan dadah
    • kesan penagihan dadah

      • menjejaskan kebersihan dan kesihatan diri
      • menjejaskan prestasi pelajaran remaja
      • mengelirukan fikiran remaja
 
  • Anda telah membaca isu-isu gejala sosial yang telah melanda negara kita pada masa sekarang. Buat perbincangan kesan-kesan yang akan dihadapi oleh negara pada masa akan datang sekiranya gejala sosial ini tidak ditangani dengan berkesan.
    • peranan ibu bapa
    • keretakan rumah tangga
    • remaja menginginkan kebebasan
    • pengaruh rakan sebaya
    • pengaruh peralatan elektronik atau media massa
  • Pada pendapat anda, bagaimanakah cara yang paling berkesan untuk mengangani masalah sosial yang melanda generasi muda pada masa sekarang. 
    • pihak kerajaan mengenakan hukuman berat
    • pengawasan ibu bapa
    • pengawalan media massa tanpa penyebaran bahan lucah
    • kelemahan badan dari segi fizikal
    • menjejaskan keamanan masyarakat
    • penyelewengan wang negara
TUTORIAL 6.4
  • Buat perbincangan tentang penyalahgunaan teknologi maklumat dalam kehidupan masyarakat masa kini.
      • menghasilkan makanan ubahsuaian genetik
      • menyebabkan kelakuan fitnah
      • penyebaran bahan radioaktif
      • kegawatan ekonomi
      • penyalahgunaan kemajuan teknologi
      • memberi kesan psikologi kepada masyarakat
      • pencerobohan maklumat
      • pengklonan manusia

1 comment: