Saturday, 12 September 2015

BAB 5 - STRATEGI KESANTUNAN

5.1 - STRATEGI KESANTUNAN VERBAL


    • Kesantunan verbal bermaksud kesantunan yang diperlihatkan secara lisan atau bukan bertulis.
    • Bahasa halus digunakan dengan meluas dalam ungkapan bertatasusila.
    • Contohnya:
      • terima kasih       
      • selamat datang
      • sila masuk
      • jemput masuk
      • jemput makan
      • tolong hulurkan bantuan
      • minta kerjasama





 





    • Kesantunan dalam berbahasa dapat dilihat daripada penggunaan kata panggilan atau rujukan kehormat yang betul dan sesuai.
    • Kesilapan penggunaan kata akan menyinggung perasaan orang lain.


Contoh-contoh penggunaan strategi kesantunan verbal yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Malaysia:


1. Strategi toleransi
  • memberi keutamaan kepada orang yang lebih tua untuk memulakan sesuatu percakapan.
2. Strategi bertimbang rasa
  • "Saya memahami situasi Tuan dan akan menyelesaikan masalah tersebut dengan segera."
3. Strategi memberi salam
  • Mengucap "selamat pagi" atau "Assalamualaikum" apabila bertemu orang lain.
4. Strategi bersopan santun
  • Menggunakan sistem panggilan yang betul dan sesuai dengan keadaan.
5. Strategi ramah mesra
  • Mengalu-alukan kedatangan tetamu ke rumahnya.
6. Strategi tidak mementingkan diri sendiri
  • Memberi cadangan atau nasihat yang sesuai dengan penuh kesopanan danlemah lembut.
7. Strategi merendah diri
  • "Silalah datang ke rumah saya yang tidak seperti ini".
8. Strategi berterima kasih
  • Mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah menghulurkan bantuan kepada kita.



5.2 - Strategi Kesantunan Nonverbal

    • Kesantunan nonverbal merupakan bahasa komunikasi bukan bertulis yang melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan.
    • mampu menggambarkan personaliti, tujuan dan status seseorang individu.
    • Sebagai contoh:
      • pergerakan mata dan dahi yang berkerut menunjukkan seseorang berminat sesuatu tetapi tidak percaya.
      • mata yang berkelip lebih laju menunjukkan seseorang sedang berbohong.
      • jika mata seseorang tidak memandang ke mata orang lain semasa berkomunikasi menunjukkan dia sedang malu atau tidak berkeyakinan.
      • air muka boleh menunjukkan emosi, perasaan, harapan danmenambat hati seseorang.
    • Dalam masyarakat Melayu, anak-anak harus menggunakan tangan kanan untuk makan dan apabila memberi atau menerima sesuatu.
    • Penggunaan kiri harus dielakkan kerana ini menunjukkan perbuatan seseorang tidak sopan dan tidak selari dengan ajaran Islam.
    • Jari telunjuk tidak boleh digunakan semasa menunjukkan seseorang atau arah.
    • Kita mesti menundukkan kepala dan membongkokkan badan sedikit ketika lalu sambil meluruskan tangan kanan ke bawah.
Contoh-contoh penggunaan strategi kesantunan nonverbal yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Malaysia:

1. Strategi toleransi
  • Memberi tempat duduk kepada orang yang lebih tua atau cacat di dalam bus.
2. Strategi bertimbang rasa
  • Menggunakan ibu jari apabila menunjuk seseorang atau sesuatu.
3. Strategi memberi salam 
  • Mengangguk kepala atau menunjukkan senyuman sekiranya jarak terlalu jauh sebagai satu tanda bersalam.
4. Strategi bersopan santun
  • Membengkokkan badan semasa melintas antara dua orang yang sedang bercakap.
5. Strategi ramah mesra
  • Menunjukkan muka  yang manis apabila berinteraksi dengan orang lain.
6. Strategi tidak mementingkan diri sendiri
  • Memberi pertolongan dari segi kewangan atau tenaga kepada orang yang berada dalam kesusahan.
7. Strategi merendah diri
  • Tidak bertentangan mata terhadap orang yang lebih tua supaya tidak dianggap sombong.
8. Strategi berterima kasih
  • Mencium atau memeluk ibu bapa sebagai tanda penghargaan kepada mereka.




5.3 - Strategi Kesantunan Lisan

    • kita mesti memahami air muka seseorang supaya interaksi akan lebih berkesan.
    • kita mesti menggunakan perkataan yang sesuai semasa berkomunikasi dengan orang lain untuk menjaga imej diri sendiri dan orang lain.
    • Strategi berinteraksi mengutamakan dua jenis air muka iaitu:
      • air muka positif
      • air muka negatif
Empat strategi kesantunan lisan Brown & Levinson

A) Strategi Langsung

  • Melakukan FTA (perilaku bahasa yang mengancam air muka) untuk menyatakan sesuatu dengan jelas.
  • Bentuk perintah.
  • Digunakan antara pihak yang mempunyai hubungan yang rapat seperti ahli keluarga.
  • Contoh: "Ambilkan benda itu".







B) Strategi Kesantunan Negatif/Formal
  • Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya.
  • Digunakan dalam kalangan orang yang belum dikenali, antara orang muda dengan orang tua.
  • Contoh : 
    • "Bolehkah kamu bukakan tingkap tu?"
    • "Anda ambilkan garam itu untuk saya, ya?"
C) Strategi Kesantunan Positif/ Keakraban
  • Penutur melakukan FTA dengan cara menjaga muka positif pendengar.
  • Digunakan antara dua orang yang kenali dan mempunyai hubungan yang akrab.
  • Contoh:
    • "Buka pintu ye."
    • "Tolong saya, sayang."
D) Strategi Tidak Langsung
  • Penutur melakukan FTA secara tidak langsung dengan membiarkan lawan tutur mentafsir tuturnya.
  • Digunakan apabila mempunyai ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur.
  • Contoh: "Saya tidak suka bersama dengan kau."
Justeru, orang Melayu akan  menggunakan pelbagai strategi semasa berkomunikasi. Antaranya ialah:
  1. Strategi ikhlas
  2. Strategi merendah diri
  3. Strategi maaf
  4. Strategi penyelesaian
  5. Strategi memberi peluang
  6. Strategi penghargaan dan pujian
  7. Strategi berterima kasih
  8. Strategi kiasan
  9. Strategi berhemah dan lemah-lembut
  10. Strategi bersalam dan memperkenalkan diri
  11. Strategi kecindan
  12. Strategi menyapa/ menegur
  13. Strategi ungkapan Rabbani



5.4 Strategi Kesantunan Penulisan

Menurut Brown & Levinson, strategi kesantunan penulisan melibatkan:

1. Membuat andaian bahawa setiap individu:
  • mempunyai air muka
  • menyedari bahawa individu yang lain juga mempunyai air muka.
2. Air muka terbahagi kepada dua:
  • Air muka positif: keinginan individu untuk merasakan bahawa dirinya atau air mukanya dihargai
  • Air muka negatif: keinginan individu untuk merasakan hak, kebebasan dan kuasa autonomi terhadap tindakannya.
Empat strategi kesantunan penulisan Brown & Levinson

1. Strategi Langsung
  • Contoh:
    • " Get out," he said to me. " I want to do my homework."
                   ("Keluar", katanya padaku. "Aku ingin bercakap dengan Ibu."
  • Tuturan ini dapat mengancam muka negatif lawan tutur.
2. Strategi Kesantunan Negatif/ Formal
  • Contoh: Demi aku, cubalah tenang dulu.
  • Penutur berusaha agar tidak memberikan ancaman terhadao air muka lawan tutur melalui penawaran yang dilakukan.
3. Strategi Kesantunan Positif/ Keakraban
  • Contoh: Silakan tunggu sebentar, Encik.
  • Penutur berusaha menghasilkan interaksi yang baik antara penutur dan lawan tutur.
4.. Strategi Tidak Langsung
  • Contoh: "Tak tahukah ruangan ini panas?"
  • Petunjuk dilakukan dengan menyebutkan sesuatu yang berkaitan dengan tindakan yang diminta.


_________________________________________________________________________


Tutorial task

1. Bincangkan bersama rakan anda tentang strategi kesantunan verbal, nonverbal, lisan dan penulisan.

  • Strategi Kesantunan Verbal
    • Contoh strategi kesantunan verbal ialah strategi toleransi, strategi bertimbang rasa, strategi memberi salam, strategi bersopan santun, strategi merendah diri dan sebagainya.
    • Strategi toleransi ialah memberi keutamaan kepada orang yang tua sebelum kita memulakan bercakap. Sebagai contoh, kita mesti memberi tempat duduk kepada orang tua semasa di dalam bas.
    • Strategi memberi salam ialah mengucap "Selamat petang" atau "Assalamualaikum" semasa bertemu orang lain. Sebagai contoh, Maria mengucap selamat pagi kepada pensyarah apabila bertemunya.
    • Strategi bersopan santun ialah menggunakan sistem panggilan yang sesuai dengan keadaan. Sebagai contoh, Ali memanggil pensyarah "Tuan" atau "Puan" apabila bersalam dengan pensyarah.
  • Strategi Kesantunan Nonverbal
    • Contoh strategi kesantunan nonverbal ialah Strategi toleransi, strategi bertimbang rasa, strategi ramah mesra, strategi berterima kasih dan lain-lain.
    • Strategi ramah mesra ialah menunjukkan muka yang manis atau senyuman yang manis apabila berkomunikasi dengan orang lain.
    • Strategi berterima kasih ialah orang melayu akan mencium dan memeluk ibu bapa sebagai tanda penghargaan kepada mereka. 
  • Strategi Lisan
    • Contoh strategi lisan ialah strategi langsung, strategi kesantunan negatif, strategi tidak langsung dan strategi kesantunan positif.
    • Strategi langsung biasanya dalam bentuk perintah dan digunakan antara pihak yang saling mengenal dan rapat seperti anggota keluarga. Contohnya, "Ambillah botol itu kepada saya."
    • Strategi tidak langsung digunakan terutama apabila ada ancaman yang lebih serius terhadap air muka lawan tutur. Contohnya, " Saya tidak mahu bercakap dengan kamu lagi."
  • Strategi Penulisan
    • Contoh strategi penulisan ialah strategi langsung, strategi kesantunan negatif, strategi tidak langsung dan strategi positif.
    • Strategi kesantunan negatif biasa berlaku dalam kalangan orang yang belum dikenali, antara orang muda dengan orang yang lebih tua. 
    • Strategi kesantunan positif biasa digunakan antara dua orang teman, kenalan atau pihak-pihak yang berhubungan akrab. Contohnya, "Sila tolong saya sekejap."


2. Buat nota untuk tajuk yang dipelajari.


Strategi Kesantunan Verbal
  • Kesantunan verbal bermaksud kesantunan yang diperlihatkan secara lisan atau bukan bertulis.
  • Penggunaan bahasa hendak halus agar tidak berlaku perselisihan faham dengan orang lain atau menyinggung perasaan orang lain.
  • Dalam percakapan, seseorang perlu bersikap santun semasa berkomunikasi dengan orang lain sama ada kenal atau tidak kenal.
  • Kesantunan verbal bertujuan untuk menjaga imej diri sendiri dan berfungsi sebagai kehormatan seseorang.
  • Kita mesti memberi layanan yang sopan dan mesra semasa melayan tetamu yang datang ke rumah kita.
  • Kita juga harus mendengar dan menerima pandangan atau pendapat orang lain sebelum membuat sesuatu keputusan.
  • Kita hendaklah menjaga perasaan orang lain supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.
  • Contoh-contoh penggunaan strategi kesantunan verbal yang terdapat dalam kehidupan masyarakat Malaysia ialah:
    • Strategi toleransi
    • Strategi bertimbang rasa
    • Strategi memberi salam
    • Strategi bersopan santun
    • Strategi ramah mesra
    • Strategi tidak mementingkan diri sendiri
    • Strategi merendah diri
    • Strategi berterima kasih

Strategi Kesantunan Nonverbal
  • Kesantunan nonverbal merupakan bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka dan gerakan badan.
  • Fungsi kesantunan nonverbal ialah untuk menyampaikan mesej kepada seseorang dengan lebih jelas.
  • Pergerakan mata dan dahi yang berkerut menunjukkan seseorang itu berminat tetapi tidak percaya akan yang diberitahu oleh orang lain.
  • Mata yang berkelip dengan laju bermaksud seseorang itu sedang berbohong kepada orang lain.
  • Air muka akan menggambarkan emosi, perasaan, harapan dan lain-lain.
  • Dalam masyarakat melayu, anak-anak mesti menggunakan tangan kanan untuk memegang makanan atau menerima barangan dari orang lain.
  • Jika mereka menggunakan tangan kiri akan dianggap sebagai orang yang tidak sopan dan tidak selari dengan orang lain.
  • Selain itu, seseorang harus meminta izin terlebih dahulu sebelum meminjam atau mengambil barangan orang lain terutamanya barangan orang tua.
  • Apabila seseorang hendak lalu di hadapan orang lain, dia hendak menundukkan kepala dan membongkokkan badan sedikit ketika lalu sambil meluruskan tangan kanan ke bawah. Perbuatan ini akan menunjukkan seseorang itu mempunyai budi bahasa.
  • Contoh-contoh penggunaan strategi kesantunan nonverbal yang terdapat dalam kehidupan masyarakat melayu ialah:
    • Strategi toleransi
    • Strategi bertimbang rasa
    • Strategi memberi salam
    • Strategi bersopan santun
    • Strategi ramah mesra
    • Strategi tidak mementingkan diri sendiri
    • Strategi merendah diri
    • Strategi berterima kasih
Strategi Kesantunan Lisan
  • kita mesti memahami air muka seseorang supaya interaksi akan lebih berkesan.
  • kita mesti menggunakan perkataan yang sesuai semasa berkomunikasi dengan orang lain untuk menjaga imej diri sendiri dan orang lain.
  • Strategi berinteraksi mengutamakan dua jenis air muka iaitu:
    • air muka positif
    • air muka negatif
  • Contoh-contoh kesantunan lisan:
    • Strategi lansung
    • Strategi Negatif
    • Strategi tidak langsung
    • Strategi positif

Strategi Kesantunan Penulisan
Menurut Brown & Levinson, strategi kesantunan penulisan melibatkan:

1. Membuat andaian bahawa setiap individu:
  • mempunyai air muka
  • menyedari bahawa individu yang lain juga mempunyai air muka.
2. Air muka terbahagi kepada dua:
  • Air muka positif: keinginan individu untuk merasakan bahawa dirinya atau air mukanya dihargai
  • Air muka negatif: keinginan individu untuk merasakan hak, kebebasan dan kuasa autonomi terhadap tindakannya.

  • Contoh-contoh strategi kesantunan penulisan ialah:
    • Strategi Langsung
    • Strategi Kesantunan Negatif
    • Strategi tidak langsung
    • Strategi kesantunan positif

_________________________________________________________________________



1 comment:

  1. terima kasih atas perkongsian ini. Ianya sangat bagus pd pandangan saya. sangat detail.

    ReplyDelete