1.1 Pengertian Budi
· berasal daripada kata Sanskrit iaitu Buddhi.
· tingkah laku manusia yang baik dan mulia.
· sifat yang baik.
· perbuatan yang baik.
· kelakuan yang baik.
· daya upaya yang baik.
Maksud Budi
- Kamus Dewan (2005), mencatatkan bahawa budi bermaksud akal dan kebijaksanaan.
- Menurut Islam, budi ialah adab, sopan santun yang menggambarkan seseorang yang berakhlak dan beriman.
- Mustafa Haji Daud (1995), budi membawa maksud seseorang yang mempunyai budi bahasa, adab sopan, bersungguh-sungguh dalam pekerjaan, mempunyai daya ikhtiar yang tinggi, matang, bijaksana dalam membuat sesuatu keputusan dan banyak menabur jasa dan bakti.
- Bagi masyarakat Melayu, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud antaranya jasa dan sumbangan yang diberikan kepada individu yang lain.
- Budi merupakan tingkah laku individu yang baik, sopan santun, berakhlak terpuji dan berwatak insan mulia serta mempunyai akal fikiran yang baik dan bijaksana.
- Budi melambangkan sikap manusia dalam perbuatannya yang baik serta memberikan kebaikan kepada individu yang lain.
- Orang yang budi akan dipandang tinggi dan disukai oleh masyarakat.
- TIDAK AKHLAK, TIADALAH BUDI.
Pantun Budi
Buah cina di atas batu,
Jatuh daunnya ke dalam ruang,
Adat dunia memang begitu,
Sebab emas budi terbuang,
Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbuah lagi,
Sudah dapat gading bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi,
Baik bergalas baik tidak,
Buli-buli bertali benang,
Baik berbalas baik tidak,
Asal budi sama dikenang,
Padi dan nanas tanam di tanjung,
Tempat pipit berbuat sarang,
Budi dan emas sama dijunjung,
Hidup aman dikenang orang.
1.2 Pengertian Bahasa
- Kamus Dewan (2002), mencatatkan bahawa bahasa bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, dan percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun.
- Menurut Ferdinard de Saussure (1960), menyatakan bahasa merupakan satu sistem isyarat yang abstrak yang mempunyai struktur tertentu yang digunakan untuk berinteraksi dalam masyarakat.
- Asmah Hj. Omar (1986), bahasa merupakan bunyi yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang terdapat dalam rongga mulut dan rongga tekak manusia.
- Menurut Sudaryono, bahasa adalah sarana komunikasi yang efektif walaupun tidak sempurna sehingga ketidaksempurnaan bahasa sebagai sarana komunikasi menjadi salah satu sumber terjadinya.
- Bloch & Trager menyatakan bahawa bahasa adalah sebuah sistem simbol yang bersifat manasuka dan dengan sistem itu suatu kelompok sosial bekerja sama.
- Bahasa terdiri daripada dua sistem iaitu sistem bunyi dan sistem makna.
- Manusia menggunakan bahasa untuk berinteraksi dengan orang lain dalam kehidupan seharian mereka.
Fungsi-fungsi bahasa:
1. Sebagai alat perhubungan antara manusia.
2. Melambang kebanggaan nasional
3. Menyatakan perasaan-ekspresi dan luahan.
1.3 Pengertian Budi Bahasa
- Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, tingkah laku, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.
- Menurut Kamus Elektronik Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), budi bahasa merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni.
- Dalam Islam, budi bahasa bermaksud akhlak atau peribadi yang mulia.
- Sifat berbudi bahasa menggambarkan identiti dan peradaban kita sebagai rakyat Malaysia yang bersifat ketimuran.
- Oleh iu, amalan budi bahasa sangat penting dalam kehidupan seharian manusia.
Ciri-ciri budi bahasa
>> Ciri-ciri orang yang berbudi bahasa ialah:
1. Bertoleransi
~ bersikap sabar dengan dapat menerima pendapat orang lain.
2. Bersikap positif
~ seseorang yang bersikap positif akan sentiasa bercakap terbuka mencapai kejayaan tanpa memikirkan halangan yang akan dihadapi pada masa depan.
~ Sentiasa bersikap proaktif
~ akan menghindari diri daripada bersifat pasif terhadap sesuatu perkara.
3. Bertimbang rasa
~ bertindak atau membuat sesuatu perkara supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.
~ belajar menyesuaikan diri dengan orang lain
~ menerima pendapat yang berbeza semasa berbincang dengan orang lain.
4. Pemaaf
~ melupakan kesilapan atau kesalahan yang dibuat oleh orang lain.
~ tidak mempunyai pemikiran yang hendak membalas dendam.
5. Tidak mementingkan diri sendiri
~ orang yang berbudi bahasa akan mementingkan perasaan orang lain.
~ memberikan pertolongan kepada orang yang dalam kesusahan.
6. Tingkah laku yang baik
~ menunjukkan muka yang manis dan senyuman semasa berinteraksi dengan orang lain.
~ bersalam dengan orang lain terutamanya ibu bapa, guru dan lain-lain
~ cara duduk yang tertib
~ mengunakan ibu jari apabila menunjuk sesuatu.
Kesimpulannya, orang yang berbudi bahasa akan memberikan kebaikan kepada orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri.
Memberi salam
Menolong orang yang dalam kesusahan
Bertanya khabar
Budi bahasa dalam masyarakat Malaysia
>> Masyarakat Melayu
· Nilai budi bahasa dipandang tinggi dan dipupuk kepada anak-anak sejak kecil lagi.
· Mementingkan ketinggian akhlak
· Bercakap dengan lembut dan sopan semasa berkomunikasi dengan orang lain
· Menundukkan badan apabila berjalan di hadapan orang lain
· Memberi salam semasa bertemu dengan orang lain
· Berpegang kuat kepada adat resam dan agama
· Berjabat tangan apabila bertemu atau berpisah
· Berpakaian menutup aurat
· Tidak menyampuk semasa orang lain bercakap terutama orang tua dan ibu bapa
· Makan menggunakan tangan
· Sentiasa meminta maaf sekiranya melakukan kesilapan
· Mendahulukan orang tua dalam segala urusan
· Tidak membuat bising semasa bersembahyang
>> Masyarakat Cina
· Orang yang beragama Buddha sangat mementingkan budi bahasa dalam pengaulan seharian bagi mejamin keharmonian hidup
· Makan menggunakan penyepit
· Siku tangan tidak meletak di atas meja semasa makan
· Bercakap dengan sopan dan lembut dengan orang tua dan ibu bapa
· Dilarang bercakap kata-kata kesat dalam pengaulan
· Orang yang sudah berkahwin akan memberi angpau kepada kanak-kanak
· Orang tua makan dahulu dan diikuti dengan orang muda
· Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi
>> Masyarakat India
· Duduk ketika makan dan menggunakan tangan
· Bercakap lembut dengan ibu bapa
· Menjaga ibu bapa yang tua
· Membuka kasut ketika memasuki kuil
· Berpakaian tidak mencolok mata
· Senyap semasa bersembahyang
Pantun budi bahasa
Burung serindit terbang melayang,
Mari hinggap di ranting mati;
Bukan ringgit dipandang orang,
Budi bahasa rangkaian hati.
Puyu-puyu konon namanya,
Di dalam kolam konon tempatnya;
Cantik manis barang lakunya,
Serta dengan budi bahasanya.
Mari Kita Amalkan, BUDI BAHASA!!!
NOTA TAMBAHAN
Pantun Budi
Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.
Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Sri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.
Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.
Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.
Maksud rangkap:
Rangkap 1: Pantun ini disampaikan sebagai pesanan secara tidak langsung bahawa orang yang berbudi hendaklah dikenang.
Rangkap 2: Orang yang berbudi pasti akan disebut-sebut namanya walaupun dia telah meninggal dunia.
Rangkah 3: Jasa dan budi orang sentiasa dikenang. Biarpun kecil, budi itu tetap dihargai.
Rangkah 4: Seseorang yang mengasihi orang lain, apabila kasihnya diterima, hubungan tersebut akan berterusan untuk jangka masa yang panjang.
1. Bagaimanakah seorang guru yang berada di kelas dapat mempengaruhi muridnya untuk mengamalkan amalan budi bahasa?
- Guru hendak menjaga pemakaian mereka dengan tidak memakai pakaian yang menjolok mata dan cara pemakanan mereka harus lemah lembut.
- Semasa mereka mengajar, mereka harus mendidik murid-murid dengan sikap yang prihatin dan lemah lembut.
- Guru tidak harus memarahi murid-murid dengan sesuka hati.
- Guru harus menjadi modal insan dan mengamalkan sikap budi bahasa dalam setiap masa.
______________________________________________________
Tutorial Task
1. Buat perbincangan tentang budi dan bahasa mengikut pemahaman anda sendiri setelah mengikuti kuliah daripada pensyarah anda.
- Secara keseluruhan, budi boleh didefinisikan sebagai akal, perangai yang baik, kebijaksanaan dan daya upaya yang baik.
- Budi lahir daripada pertimbangan akal yang baik. Dengan ini, akan menjelmakan tabiat, perangai, akhlak yang baik.
- Perbuatan budi mesti melahirkan daripada hati yang suci.
- Bahasa merupakan alat komunikasi yang berupa sistem lambang bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia.
- Bahasa digunakan untuk berkomunikasi dengan orang lain.
- Bahasa juga menjadi bahasa rasmi sesebuah negara. Sebagai contoh, di Malaysia, Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangasaan.
- Dengan menggunakan bahasa, kita dapat berinteraksi dengan pelbagai kaum sama ada orang cina, orang melayu dan orang india.
2. Jelaskan pengertian budi bahasa daripada perspektif orang Melayu, orang Cina dan orang India.
- Dari perspektif orang Melayu, budi bahasa dianggap sebagai akhlak atau peribadi yang mulia. Seseorang yang berbudi bahasa akan mempunyai sikap yang bersopan santun secara tidak langsung akhlak yang mulia juga akan dipamerkan.Budi bahasa memainkan peranan yang penting dalam memelihara tamadun bangsa yang dibina. Oleh itu, amalan budi bahasa harus diamalkan oleh setiap orang agar masyarakat negara kita tidak dipandang rendah oleh rakyat negara lain.
- Dari perspektif orang Cina, budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang dalam perlakuan, pertuturan, sikap dan perangai. Nilai berbudi bahasa mempunyai kedudukan yang tinggi dalam agama Buddha. Dalam ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai Wulan yang mementingkan hubungan yang baik dan harmonis antara raja dan menteri, ayah dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan. Selain itu, kita mesti menjaga perasaan orang lain dengan menggunakan bahasa yang sesuai dan sopan semasa berkomunikasi dengan orang lain supaya tidak menyinggung perasaan orang lain. Dengan mempunyai budi bahasa, perpaduan antara pelbagai kaum dapat diwujudkan.
- Dari perspektif India, nilai berbudi bahasa dalam sistem kekeluargaan amat dititikberatkan. Dengan ini, masyarakat akan mewujudkan perpaduan yang erat. Oleh itu, manusia hendak melengkapi diri dengan budi bahasa agar orang lain mahu berkawan dan berinteraksi dengan kita.
3. Ulas pantun di bawah dengan mengaitkan kepentingan budi terhadap sesuatu bangsa.
Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi, runtuhlah bangsa.
- Orang yang budi akan dihormati oleh orang lain.
- Orang yang budi akan mudah mendapat pertolongan orang lain kerana dia sentiasa membantu orang yang menghadapi kesusahan.
- Hubungan masyarakat akan menjadi lebih erat dan negara kita akan menjadi aman.
- Negara kita akan mewujudkan perpaduan berbilang kaum.
- dapat melahirkan insan yang bersopan-santun.
- akan mempamerkan nilai-nilai positif kepada pelancong asing.
- Masyarakat yang berbudi bahasa akan mendorong pelancong asing dapat melawat ke negara kita dan secara tidak langsung meningkatkan ekonomi negara kita.
________________________________________________
1. Raja Ali Haji dalam Gurindam Fasal yang Keempat menyatakan ciri-ciri murni budi bahasa berkait rapat dengan hati seperti kata-katanya: Hati itu kerajaan di dalam tubuh, jikalau zalim segala anggota pun roboh". Berikan ulasan anda.
Gurindam tersebut bermaksud hati berkuasa menentukan tingkah laku seseorang jika niat jahat, maka jahatlah orang itu. Dengan itu, kita harus mempunyai hati yang baik dan suci terhadap orang yang kenali atau tidak kenali. Kita baik dengan orang, orang lain akan baik dengan kita. Sebaliknya, kita jahat dengan orang, orang lain juga akan jahat dengan kita. Oleh itu, kita mesti bersopan-santun semasa berinteraksi dengan orang lain tanpa melihat orang itu adalah orang yang mempunyai hubungan yang erat dengan kita atau tidak. Kita juga harus mengamalkan sikap berbudi bahasa agar kita dapat berkomunikasi dengan orang lain tanpa menyinggung perasaan orang lain.
2. Amalan budi bahasa semakin terhakis dalam kalangan masyarakat Malaysia. Bincangkan.
Punca-punca yang menyebabkan amalan budi bahasa semakin terhakis:
- Pengaruh Internet
- Pengaruh Barat
- Pengaruh rakan sebaya
- Pengaruh Media
- Pengaruh Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kesan-kesannya:
- Imej negara kita akan terjejas
- Rakyat di negara kita juga akan menjadi tidak bersatu.
- akan mewujudkan perselisihan faham antara kaum.
- orang yang berbudi bahasa akan semakin kurang dan akibatnya perpaduan negara kita akan terjejas.
Langkah-langkah untuk mengatasinya:
- Pihak kerajaan perlu mengadakan kempen tentang kepentingan amalan budi bahasa untuk meningkatkan amalan ini dalam kalangan masyarakat.
- Ibu bapa harus memberi ajaran agama kepada anak-anak mereka sejak mereka kecil lagi.
3. Bagaimanakah cara untuk meningkatkan semula amalan budi bahasa dalam kalangan masyarakat kita.
- Remaja harus sentiasa menjaga maruah diri dengan menggunakan tutur kata yang sopan dan halus semasa berkomunikasi dengan orang lain.
- Remaja perlu sedia memohon maaf jika buat salah, memberi salam kepada orang yang lebih tua dari kita dan menolong orang yang dalam kesusahan.
- Ibu bapa haruslah mendidik anak mereka dengan amalan budi nahasa sejak mereka kecil agar amalan ini dapat menyemai dalam hati mereka.
- Ibu bapa harus menjadi contoh yang baik kepada anaknya kerana ibu bapa merupakan teladan anak-anak.
- Media massa juga boleh mencipta lagu yang bertemakan berbudi bahasa.
- Masyarakat perlu menjadi teladan yang baik kepada remaja supaya remaja kini boleh mengikut amalan baik ini.
No comments:
Post a Comment