Friday, 11 September 2015

Bab 4 - PERATURAN BERBHASA

4.1 Jenis-Jenis Paturan Bahasa
  • Menurut Asmah Haji Omar (2002:8), santun bahasa ditakrifkan sebagai penggunaan bahasa berasaskan peraturan tertentu. Peraturan berbahasa dapat dibahagikan kepada:
    • Peraturan Linguistik
      • Berkaitan dengan penggunaan bahasa dalam urusan dan majlis rasmi yang menekankan ketepatan bentuk dan binaan bahasa seperti  sebutan, intonasi dan tatabahasa
      • Kepentingannya ialah menjaga kesempurnaan pengaliran urusan agar mesej yang disampai jelas dan tepat. Kepentingan kedua ialah mengurangkan jurang komunikasi akibat kelainan dialek atau keragaman bahasa
    • Peraturan Sosiolinguistik
      • Peraturan yang mengawal ketertiban seseorang dengan gelaran dan sapaan yang hormat dan rasmi tanpa mengira suasana rasmi ataupun tidak rasmi
      • Terbahagi kepada dua bentuk yang berkaitan dengan penggunaan bahasa yang menekankan hubungan sosial antara:
        • pembicara dengan pendengar
        • penulis dan pembaca
    • Peraturan Pragmatik
      • Dikaitkan dengan perkataan dan frasa yang halus dan sopan untuk mencapai matlamat interaksi yang sopan dan berkesan.
      • Aspek yang perlu diambilkira termasuk pemilihan kata yang puitis, ungkapan yang menarik dan wacana yang sesuai dengan pembicara
 
4.2 Jarak Sosial
  • Jarak sosial adalah perbezaan tingkat peradaban antara masyarakat berdasarkan ilmu pengetahuan dan kemajuan seseorang.
  • Pitirin A. Sorikin menyatakan bahawa pelapisan sosial yang tinggi dan bawah serta setiap lapisan mempunyai starata sosial.
  • P. J. Bouman menggunakan istilah tingkatan yang memberi maksud bahawa golongan manusia mempunyai cara kehidupan yang nyata dan berhak istimewa berlandaskan kelas masyarakat.
  • Dalam peraturan berbahasa, jarak sosial merupakan pemisahan sosial yang wujud antara individu dengan individu, individu dengan kelompok atau kelompok dengan kelompok.
  • Oleh itu, pemilihan kata, sebutan dan intonasi harus diambilberat semasa berbual dengan golongan manusia yang taraf dan statusnya yang berbeza.
4.3 Konteks Percakapan
  • Menurut Brown dan Yule (1983), penganalisis wacana haruslah dirancang dengan menggunakan pendekatan pragmatik agar dapat memahami pemakaian bahasa.
  • Menurut Hymes, Brown (1993:89), dalam setiap interaksi verbal, komponen-komponen tutur juga didefinisikan sebagai ciri-ciri konteks percakapan yang dapat dibahagikan kepada lapan jenis.
    • penutur
    • pendengar
    • topik pembicaraan
    • latar
    • penghubung bahasa lisan dan tulisan
    • laras bahasa 
    • bentuk pesanan
    • peristiwa percakapan
a. Penutur dan Pendengar
  • Disebut peserta dalam peristiwa percakapan
  • Latar belakang jika diketahui akan memudahkan untuk menginterprestasikan apa yang hendak ditutur
  • Setiap wacana mempunyai makna yang berbeza jika ditutur oleh penutur yang berbeza latar belakang, minat dan perhatiannya
  • Umpamanya, ujaran "Kulitnga gebu sekali" jika diucapkan kepada anak perempuan yang berumur lima tahun mungkin ditafsirkan sebagai pujian manakala jika diucapkan kepada nenek yang berumur lapan puluh tahun mungkin ditafsirkan sebagai penghinaan.
b. Topik Pembicaraan
  • Pendengar akan mudah memahami isi wacana jika mengetahui topik pembicaraan akibat topik yang berbeza akan menghasilkan bentuk wacana yang berbeza.
  • Misalnya, wacana "kata kupu-kupu", jika dalam bidang sains bermaksud sejenis kehidupan manakala jika berkaitan masalah sosial bermakna seseorang yang terlibat dalam kegiatan pelacuran.
c. Latar Peristiwa
  • Merupakan tempat, keadaan psikologi penutur dan pendengar
  • Sebagai contoh, ayat “Pertengkaran yang veremosi hanya berlaku di dalam gelanggang badminton sahaja” menggambarkan konteks percakapan yang berlaku antara dua orang pemain badminton dengan membawa emosi marah dan ketidakpuasan. 
  • Latar tempat yang terletak di gelanggang badminton pastinya mewujudkan emosi panas, senorok dan bersemangat.
d. Penghubung
  • Medium untuk menyampaikan perihal percakapan dengan  menggunakan bahasa lisanatau tulisan
  • Ujaran secara lisan dapat dibezakan berlandaskan sifat  hubungan penutur sama ada secara langsung atau tidak  langsung di samping ragan resmi dan tidak resmi.
  • Hubungan secara langsung terjadi tanpa perantara  manakala hubungan secara tidak langsung terjadi dengan  perantara telefon.

e. Laras Bahasa

  • Berkaitan dengan konteks percakapan
  • Laras bahasa yang sesuai harus dipilih penutur dan  pendengar berasaskan situasi dan keadaan 
  • Amatlah ganjil dan aneh jikalau ragam bahasa tidak baku  diguna semasa acara rasmi

f. Bentuk Pesanan dan Maklumat

  • Pesanan dan maklumat harus disampaikan tepat dan  bersifat fundamental serta umum. 
  • Contohnya, jika pendengar yang bersifat umum maka  bentuk pesanan dan maklumat haruslah bersifat umum.  Jika pendengar terdiri daripada kelompok yang bersifat  khusus haruslah diberi bentuk pesanan dan maklumat  yang bersifat khusus. 

g. Peristiwa Percakapan 

  • Merupakan peristiwa yang mewadahi kegiatan percakapan 
  • Hymes (1975:52) menyatakan bahawa peristiwa  percakapan berhubungan dengan latar peristiwa dan  menentukan bentuk dan isi wacana

4.4 Tujuan dan Matlamat

  • Tujuan dapat dikaitkan dengan bentuk wacana informatif  dan wacana khas di samping bertujuan berkait rapat  dengan latar belakang khalayak seperti ciri-ciri demografi  iaitu bangsa atau etnik, agama, budaya, usia, jantina,  pendidikan dan kedudukan sosioekonomi 
  • Tujuan percakapan harus bertepatan dengan suasana  keadaan dan kekhususan topik 
  • Dalam percakapan, perkara yang penting harus  diutamakan agar memberi kesan yang mendalam kepada pendengar.  
  • Selain itu, kita harus menilai dengan orang lain tentang  pandangan dan perasaan  tajuk yang hendak dibincang  agar tidak menjana kebencian dan membina  perhubungan yang baik 
  • Contohnya, kita harus memberitahu walaupun perkara itu buruk kerana ia dianggap  penting manakala perkara yang  penting tetapi tidak segera perlulah diberitahu pada masa  yang sesuai  
  • Hal ini dikatakan demikian agar pemilihan masa yang  sesuai dapat menenangkan fikiran pendengar dan perkara yang akan diberitahu   
  • Perkara tersebut wajarlah berunsur ringan dan sesuai dan  diberitahu pada masa  lapang seperti hujung minggu

4.5 Giliran Bercakap
  • Jika kita hendak menyampuk perbualan orang-orang tua, kita hanya boleh bercakap selepas orang-orang tua selesai bercakap ataupun memulakan bicara dengan berkata "maafkan saya, bolehkah saya berikan pendapat?"
  • Dalam percakapan terkadang terjadinya pola satu arah akibat seseorang yang mendominasikan pembicaraan
  • Percakapan dapat berlangsung sekata jika setiap orang mendapat giliran yang sama semasa perbualan
  • Salah satu contoh pola penggiliran dengan cara pertanyaan ialah " Saya yakin saudara-saudara ada pendapat yang lebih baik".
  • Pengalihan topik akan berlaku secara disedari atau tidak disedari semasa proses percakapan sedang berlangsung akibat topik yang dibincangkan ada kaitannya.
  • Salah satu contoh ungkapan pengalihan topik dalam bentuk formal ialah "Persoalan ini berkaitan juga dengan masalah...".
  • Jika anda adalah seorang moderator, anda harus mengembalikan topik pembicaraan dengan mengucapkan "Maaf, pertanyaan harus langsung ke pokok permasalahan
  • Antara pembicaraan sama ada dalam diskusi formal atau tidak formal, pastinya bukan semua orang akan bersetuju dan memiliki pandangan atau pemikiran sendiri
  • Kita boleh menggunakan panduan berikan permohonan maaf terlebih dahulu, nyatakan kesan mendukung gagasan yang akan disanggah, ungkapkan kekurangan dengan perkataan yang berpekerti dan tidak menyinggungkan perasaan serta beri alasan yang logik jika menghadapi masalah menyanggah pendapat
  • Pencelahan percakapan juga berlaku dalam sesi perbincangan sehingga tuan asal pemilik percakapan tersekat dan tidak dapat menyempurnakan percakapannya.Oleh itu, biarlah mencelah yang pendek sekadar untuk menyatakan sokongan atau persetujuan, bukannya merampas giliran pemilik percakapan untuk bercakap.
  • Kita juga tidak harus mengulang perkara yang sama walaupun tujuan kita baik. Namun begitu, pendengar mungkin memandangkan orang yang berulang itu sebagai berkemampuan minda yang rendah.
  • Selain itu, pujian yang berlebihan akan menimbulkan salah tafsiran pada pihak penerima sehingga mewujudkan kebencian.
  • Aturan giliran bercakap mengikut adab dan tatatertib
    • Dalam keluarga
      • Ahli keluarga yang paling tua, datuk dan nenek
      • Ibu atau bapa
      • Kakak atau abang
      • Pihak yang bongsu seperti adik
    • Di sekolah
      • Pengetua atau guru besar
      • Penolong kanan
      • Ketua unit atau jabatan
      • Pensyarah atau guru
      • Wakil pelajar seperti pengawas sekolah
      • Pelajar
 
4.6 Memulakan dan Mengakhiri Percakapan
  • Bagi masyarakat Melayu, percakapan yang santun mestilah dimulai dengan assalamualaikum dan salam sejahtera dan sebagainya. 
  • Kalimat tanya khabar dapat menghidupkan suasana dan membuka percakapan 
  • Misalnya, bagi ungkapan "Sudah pukul berapa sekarang? Tidak terasa dua jam kita berbincang." boleh diakhiri dengan percakapan terima kasih atau pertanyaan yang menerangkan bahawa percakapan harus diakhiri
  • Sebagai contoh, bagi ungkapan "Terima kasih kerana sudi datang." diguna untuk mengakhiri percakapan dengan ucapan terima kasih
4.7 Pemilihan Kata
  • Kita perlu merujuk pada norma-norma budaya semasa menyampaikan idea dengan memikirkan pemilihan kata-kata yang perlu diucap
  • Pemilihan kata dan tatacara harus disesuaikan dengan norma-norma budaya. Jika tidak, akan menimbulkan tanggapan negatif dan mungkin dituduh seorang yang tidak berbudaya dan mementingkan diri sendiri. 
  • Perkara-perkara yang perlu difikirkan 
    • masa dan keadaan
    • ragam bahasa
    • bila dan bagaimana giliran bercakap
    • penggunaan jeda dan aturan kenyaringan suara 
    • gerak-geri badan
    • bila waktu untuk berhenti dan menamatkan percakapan
  • Aspek pemilihan kata berkait rapat dengan aspek kesantunan berbahasa dalam peraturan percakapan
  • Cara sapaan lisan harus mengikut tertib dengan bersopan agar tidak dianggap biadab
  • Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri yang melibatkan penggabungan gelaran, rujuk hormat dan ganti nama agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
  • Penggunaan bahasa halus juga perlu diambilberat. Menurut Asmah Haji Omar, bahasa halus merupakan pendidikan yang penuh dengan adab tatatertib seperti laras bahasa istana. 
  • Antara ungkapannya ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bercemar duli dan sebagainya.
  • Dalam aspek pemilihan kata ganti nama, ia hanya bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. 
  • Sebagai contoh: 
    • "Pak" digunakan untuk orang lelaki yang sebaya ayah sendiri
    • "Mak" digunakan untuk orang perempuan yang sebaya emak sendiri
    • "Tok" digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang sebaya datu atau nenek sendiri
    • "Abang" digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah sendiri
    • "Adik" digunakan  untuk orang lelaki atau perempuan yang lebih muda daripada diri sendiri
  • Contoh jenama kekeluargaan pertalian darah
    • Pak Long, Mak Long
    • Pak Ngah, Mak Ngah
    • Pak Anjang, Mak Anjang
    • Pak Cik, Mak Cik
    • Pak Su, Mak Su
  • Contoh gabungan nama kekeluargaan asas seperti abang dan kakak dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas kepada Long, Ngah dan Cik 
    • Bang Long, Kak Long
    • Bang Ngah, Kak Ngah 
    • Bang Cik, Kak Cik
  • Contoh jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan diwakili dengan kata "menantu", "mentua" dan "ipar"
    • Pak Mentua
    • Mak Mentua
    • Tok Mentua
  • Contoh "ipar" yang digunakan untuk merujuk ahli-ahli keluarga suami atau isteri selain menantu dan mentua
    • Abang Ipar
    • Kak Ipar
    • Adik Ipar
    • Mak Long Ipar
    • Mak Ngah Ipar dan sebagainya
Gelaran Pergaulan Bebas
  • "Cik" dan "Encik" digunakan untuk perempuan atau lelaki yang belum kahwin
  • "Tuan", "Haji", "Doktor", "Profesor"  digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya
  • "Puan" digunakan untuk perempuan yang lebih tinggi pangkatnya
  • "Saudara" dan "Saudari" digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur atau lebih muda dan hubungan yang belum rapat
  • "Tetuan" hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan
Gelaran Warisan
  • "Raja" bagi negeri Perak
  • "Pangeran", "Pangeran Anak", "Pangeran Muda" bagi negeri Brunei Darussalam
  • "Megat" dan "Puteri" bagi negeri Perak
  • "Nik" bagi negeri Kelantan
Gelaran Kurniaan
  • Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk, Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk Setia, Datuk-Datuk Patinggi, Datuk Amar, Datin Paduka adalah gelaran-gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri
  • Contohnya, Pendeta Za'aba adalah gelaran kurniaan yang diberi oleh pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956)
-----------------------------------------------------------------------------------
TUTORIAL
  • Bincang dan hasilkan contoh peraturan berbahasa daripada aspek jarak sosial dan konteks percakapan
    • bahasa yang baik, sopan dan beradab
    • komunikasi mata
    • kedudukan tubuh dan pergerakan badan
    • ekspresi muka
    • sifat suara
    • menimbulkan minat orang lain
    • memberi maklum balas yang jelas
    • memahami larangan dalam berbahasa
    • mempunyai empati terhadap orang lain
    • bertindak bijak yang sesuai dengan matlamat
 
  • Gambaran tentang pentingnya peraturan berbahasa dalam kehidupan masyarakat Melayu banyak diungkapkan dalam puisi Melayu lama seperti pantun, peribahasa dan lain-lain. Cari sebuah pantun atau bahan lain yang menyentuh tentang peraturan berbahasa dalam pergaulan dalam masyarakat.

            Tingkap papan kayu bersegi,
            Sampan sakat di Pulau Angsa:
            Indah tampan kerana budi
            Tinggi bangsa kerana bahasa.


No comments:

Post a Comment