2.1 Konsep Kesantunan
- Menurut Kamus Dewan (1984), perkataan kesantunan bermaksud halus budi bahasa atau budi pekerti, beradab atau sopan.
- Menurut Awang Sariyan (2007), kesantunan dapat didefinisikan sebagai penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara.'
- Aspek-aspek konsep kesantunan
- Mewujudkan nilai kesopanan yang halus
- Nilai sopan santun atau nilai etiket dapat digambarkan pada seseorang yang santun semasa berkomunikasi dengan orang lain.
- Kontekstual
- Nilai kesantunan berlaku pada tempat atau situasi tertentu. Misalnya, penggunaan kata-kata kasar mungkin berlaku semasa pergaulan rakan karib. Namun begitu, pergaulan tersebut tidak sesuai dan tidak sopan digunakan semasa pergaulan rakan yang baru dikenali.
- Berlaku dalam hubungan dua pihak
- Sebagai contoh, semasa pergaulan antara ibu bapa dan anak, anak akan menghormati dan berbahasa santun dengan ibu bapa.
- Tercermin dalam semua aspek kehidupan
- Sebagai contoh, cara berpakaian, cara bekerja, cara bertutur, cara makan, cara belajar, cara berpolitik dan sebagainya.
2.2 Takrifan Kesantunan Oleh Tokoh-Tokoh Dunia
- Menurut Asmah Haji Omar (2000), kesantunan ialah penggunaaan bahasa yang tidak menimmbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar sehari-hari mengikut perspektif Melayu.
- Bahasa halus dan tersirat amat dititikberat khususnya bagi orang Melayu agar tidak mengecil hati orang lain.
- Kesantunan merupakan kaedah atau strategi yang digunakan penutur serta diikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun.
- Strategi kesantunan :
- Kesedaran terhadap peranan masing-masing
- Pengetahuan berdasarkan perbezaan taraf sosial dan kekuasaan
- Keperluan mengatur perbincangan berlandaskan tajuk atau dikenali sebagai air muka
- Menurut Asmah Haji Omar, kesantunan dapat dibahagikan kepada kesantunan asas serta kesantunan berkala.
- Kesantunan asas merupakan pedoman yang menjelaskan cara dan sikap berbaik-baik antara satu sama lain.
- Kesantunan berkala menggambarkan ucapan yang disampai bergantung kepada taraf dan peranan penyampai, tempat dan keadaan, apa yang disampai, tujuan percakapan di samping cara menyampai percakapan.
- Menurut Leech (1983), kesantunan ditakrifkan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran atau konflik penggunaan bahasa dalam sesuatu interaksi. Beliau juga mementingkan kesantunan agar memelihara keharmonian dan kesejahteraan hidup dalam semua lapisan masyarakat.
- Menurut J. Ferguson dan Das Gupta (1968), kesantunan sebagai usaha mengekalkan komunikasi tanpa mewujudkan sebarang konflik dan digunakan oleh penutur dan pendengar.
- Dari sudut Islam yang disampaikan Nabi Muhammad SAW melalui hadis, kesantunan ialah "Barang siapa yang beriman pada Allah dan hari akhir maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam."
- Menurut Hamka, kecantikan yang abadi bukannya terletak pada wajah dan pakaian seseorang tetapi bergantung kepada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Kepercayaan kepada ajaran agama jika kuat, maka dapat meninggikan darjat, tingkah laku dan akal budi seseorang dalam pergaulan.
- Menurut Aristotle, aspek kesantunan menilaikan akhlak seseorang sama ada terpuji atau tercela dengan ukuran akal dan adab.
- Menurut Khalifah Abdul Malik Marwan, kesantunan memerlukan pemimpin masyarakat yang berkuasa, berharta dan berkedudukan. Oleh itu, sikap seseorang yang merendah diri, memaafkan kesalahan orang lain dan bersikap saksama dapat menjamin keharmonian hidup.
- Dalam konteks yang lebih meluas, kesantunan juga merujuk kepada aspek nonverbal. Menurut Lakoff (1975), kesantunan merupakan perlakuan yang berlaku secara verbal atau nonverbal. Menurut Fraser dan Nolan (1981), kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan bagi mengekalkan hubungan harmoni. Menurut Brown dan Levinson (1987), kesantunan sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan
- Dalam konteks kesantunan berbahasa, Asman Haji Omar (2000) mengaitkan konteks tersebut dengan penggunaan bahasa yang halus, lembut, bersopan santun dan sesuai agar tidak menimbulkan suasana hubungan yang tidak harmoni.
- Dalam masyarakat Melayu, kesantunan sebagai pegangan adat resam khususnya agama yang kuat dan melibatkan hubungan antara manusia dengan Allah S. W. T.
- Konsep kesantunan tidak dapat diwujud jika perbincangan terbatas kepada aspek berbahasa yang berpengetahuan tinggi, bersapaan tepat, bernada lembut serta bersesuaian, perlakuan dan keikhlasan.
- Oleh itu, kesantunan merupakan perlakuan yang melambangkan kehalusan budi, kesopanan dan tingkah laku seseorang.
- Selain itu, kesantunan berbahasa juga menekankan penggunaan kosa kata dan ganti nama serta bahasa halus.
- Kesimpulannya, kesantunan merangkumi aspek kehidupan manusia secara lahiriah atau batiniah dengan memberikan natijah positif dalam kehidupan.
- Ibu bapa berperanan mencari pendekatan yang dapat memberikan anak pengetahuan dan praktikal. Contohnya, panggilan yang beradab sopan, pakaian yang menutup segala keaiban fizikal.
- Secara ringkasnya, peraturan linguistik menekankan sebutan dan nada, peraturan sosiolinguistik melibatkan peraturan semasa pergaulan dan peraturan pragmatik mementingkan keberkesanan tujuan komunikasi.
2.3 Penjagaan muka sebagai asas kesantunan
- Kesantunan mempunyai hubungan yang rapat dengan penjagaan air muka yang melibatkan maruah diri seseorang. Oleh itu, wujudlah penciptaan peribahasa yang banyak.
- Dalam konsep malu, seseorang perlu mengelakkan diri daripada menerima atau memberi malu kepada orang lain. Orang yang menerima malu biasanya akan tertekan dan kehilangan pertimbangan.
- Maruah dan harga diri amat penting agar perkataan yang keluar dari bibir adalah santun dan tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga dan pihak lain. Sewaktu berinteraksi, masyarakat Melayu ditegah sama sekali menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang
- Mulut merupakan bahagian anggota yang mengungkapkan kata dan paling dekat dengan muka. Oleh itu, penggunaan mulut harus dikawal agar tidak mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain. Bagi orang Melayu, mereka memberatkan pengunaan lidah kerana kidah yang membentuk perkataaan yang ingin disampaikan
- Bukan itu sahaja, kita tidak boleh mengabaikan soal hati yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepada lidah dan mulut.


2.4 Kesantunan Merentas Budaya
KONSEP
- Budaya atau kebudayaan berasal daripada perkataaan Sanskrit, buddayah bermaksud budi pekerti atau akal. Dalam Bahasa Inggeris, kebudayaan disebut culture yang bermaksud menanam atau mengerjakan. Edward B. Taylor menyatakan konsep budaya mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan (2002), budaya merupakan tamadun atau peradaban atau akal budi yang diperturunkan.
- Hubungan antara kebudayaan dan kesantunan adalah erat. Kebudayaan merangkumi cara hidup bermasyarakat dalam aspek kesantunan berkomunikasi secara verbal atau nonverbal. Kesantunan merupakan aturan perilaku oleh masyarakat sehingga menjadi prasyarat yang disepakati dalam interaksi sosial.
- Komunikasi yang melibatkan individu yang berbagai latar budaya, berlainan etnik dan jantina.
- Kebaikannya ialah menjadikan komunikasi lebih toleransi dan bersatu padu.
- Budaya yang berbeza akan menjejaskan cara dan tingkah laku semasa kita berkomunikasi.
- Amalan biasa Barat yang mencium pipi wanita yang tiada pertalian dianggap biasa sebagai cara penghormatan. Dalam budaya komunikasi masyarakat Jepun, pandangan mata secara terus dianggap tidak sopan kerana tidak merendah diri.
- Bagi masyarakat Melayu, antara nilainya ialah:
- Berpegang kuat pada adat resam dan agama
- Memberi salam apabila bersua muka
- Tidak menyampuk apabila orang tua sedang bercakap
- Penggunaan kata sapaan dan gelaran yang sesuai
- Bersalam atau bertanya khabar
- Melayan tetamu dengan baik
- Menghormati orang tua
- Menunduk badan apabila melintasi orang tua
- Bagi masyarakat Cina, antara nilainya ialah:
- Menunduk apabila memberi salaman
- Orang tua dijemput makan dahulu
- Tidak dibenarkan memakai topi dalam tokong
- Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah
- Bagi masyarakat India, antara nilainya ialah
- Duduk bersila semasa makan
- Senyap semasa bersembahyang
- Mematuhi adat resam
- Memberi salam kepada orang yang lebih tua
DALAM PENDIDIKAN
- Kesantunan Berpakaian
- Guru tidak dibenarkan memakai pakaian yang merangsang atas Peraturan Tatatertib dan Kelakuan bagi penjawat awam
- Kesantunan Tingkah Laku
- Gerak geri guru harus dititikberat setiap masa agar menjadi model kepada anak didik
- Kesantunan Berkomunikasi
- Guru harus menitikberat norma-norma budaya dengan cara berbahasa dan disesuaikan unsur-unsur yang mempunyai kesantunan bahasa dan menerapkan prinsip kesantunan kepada murid
------------------------------------------------------------------------------------------------
TUTORIAL 2.1 DAN 2.2
- Jelaskan konsep kesantunan mengikut kefahaman dan budaya anda sendiri setelah mengikuti kuliah tentang konsep kesantunan.
- Tarian Singa
- merupakan tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina
- penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa yang dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penari akan memainkan bahagian belakang kostum singa.
- tarian singa ini akan diiringi oleh gong, dram dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.
- Tarian naga
- sebentuk tarian dan persembahan tradisional dalam budaya Cina.
- dipersembahkan pada musim perayaan sebagai lambang identiti etnik.
- Pada fikiran orang Cina, naga adalah sejenis hidupan yang menguntungkan. Naga mewakili kekuatan yang tiada bandingan yang boleh menghilangkan nasib buruk dan mencegah jenayah.
- dipersembahkan pada zaman nenek moyang semasa merayakan Tahun Baru Cina atau memimpin prosesi untuk menyambut seorang dewa, bahkan ketika ada bencana alam atau bencana peribadi berlaku, mereka akan mengadakan tarian naga untuk berdoa supaya mendapat berkat dari syurga.
- Pertunjukan Wayang Potehi
- Wayang Potehi adalah wayang boneka yang terbuat dari kain.
- Kesenian ini sudah berumur sekitar 3.000 tahun dan berasal dari daratan China asli.
- Dulunya Wayang Potehi hanya memainkan lakon-lakon yang berasal dari kisah klasik daratan Tiongkok seperti kisah legenda dinasti-dinasti yang ada di Tiongkok, terutama jika dimainkan di dalam kelenteng.
- Wayang Potehi kini sudah mengambil cerita-cerita di luar kisah klasik seperti yang dimainkan dalam Bahasa Hokkian dan Bahasa Indonesia
- Berikan ulasan anda terhadap takrifan-takrifan kesantunan yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh dunia.
- Menurut ulasan tokoh-tokoh, saya mendapati bahawa pelbagai aspek perlu dipentingkan agar mewujudkan kesantunan bahasa yang bersopan dan menghormati antara satu sama lain.
- Selain itu, peraturan bahasa seperti peraturan linguistik, peraturan sosiolinguistik dan peraturan pragmatik perlu dilihat agar mencapai keberkesanan tujuan komunikasi.
- Penggunaan dan kepatuhan bahasa dan peibahasa amat penting untuk mengelakkan diri daripada menjadi penutur yang biadap,
- Jelaskan perbandingan konsep kesantunan berdasarkan pelbagai bangsa di Malaysia.
- Dalam masyarakat Melayu, orang yang menaburkan budi tidak mengharapkan balasan
- Dalam masyarakat Cina, perbuatan yang baik kepada orang lain yang memerlukan bantuan tanpa mengharapkan balasan
- Dalam masyarakat India, pemberian bantuan boleh dilakukan kepada orang yang memerlukan bantuan dengan sukarela
TUTORIAL 2.3
- Jelaskan konsep penjagaan muka mengikut kefahaman anda sendiri.
- Setiap orang amat mementingkan konsep penjagaan muka dengan menjaga maruah diri dan menghargai diri. Hal ini demikian kerana penjagaan muka jika tidak dititikberat akan menjejaskan imej kita. Seseorang yang tidak dapat mengekalkan imej sendiri akan dipandang serong oleh masyarakat kerana mereka akan dianggap tidak beretika. Contohnya, jika seseorang membuat bising semasa di teater akan dianggap sebagai seorang yang mementingkan diri dan tidak tahu menghormati orang lain.
- Mengapakah penjagaan muka sangat penting dalam pergaulan dan komunikasi masyarakat.
- agar tidak dipandang serong oleh masyarakat
- percakapan diterima oleh orang lain
- pendengar mendapat tanggapan pertama yang baik terhadap penutur
- komunikasi secara toleransi diwujudkan
- menjaga keharmonian sejagat
- Air muka seseorang dapat menunjukkan sikap dan tingkah lakunya. Jelaskan dengan contoh-contoh yang sesuai.
- Air muka yang bersenyuman dan sentiasa kelihatan gembira dapat menampilkan seseorang yang bersikap positif, mudah untuk bergaul mesra, berhati baik dan bersopan-santun
- Air muka yang bersedih, sentiasa kelihatan muram serta tidak bersemangat dapat menampilkan seseorang yang bersikap pestimistik, susah untuk bergaul mesra dan berkelakuan kasar.
TUTORIAL 2.4
- Jelaskan konsep kesantunan merentas budaya berdasarkan kefahaman anda sendiri
- Konsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai mewujudkan pelbagai cara kita berkomunikasi. Walaupun kadang-kala berlakunya perselisihan faham, kita haruslah mencontohi budaya hormat-menghormati agar setiap kaum dapat menghayati nilai-nilai budaya.
- Terangkan faktor-faktor yang perlu diberikan perhatian dalam komunikasi silang budaya supaya tidak berlaku konflik dalam komunikasi tersebut.
- Nilai-nilai kesantunan harus diamalkan dari segi berpakaian, tingkah laku dan berkomunikasi.
- Sikap dan tingkah laku penutur haruslah beradab sopan dan tidak menimbulkan kebencian orang lain.
- Setiap masyarakat harus menjaga kebudayaan dan adat resam masing-masing dengan mengikut ajaran agama
No comments:
Post a Comment